Thursday 25 June 2015

Kueh penjaram

Kueh penjaram
Bahan2nya:
1 mgk tepung biasa
1 mgk tepung beras
1 mgk gula (kurangkan sikit)
11/2 mgk santan + pandan (kisar)
5 sudu susu cair

Cara:
Gaul semua tepung
Campurkan santan
Gaul hingga pekat dan halus
Campurkan gula 
Campurkan susu cair
Gaul hingga cair dan halus

Rehatkan seketika dan goreng menggunakan api yg kecil.
Selamat mencuba....

Monday 22 June 2015

Mee Basah Bujang

Mee Basah kali ni agak mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang digunakan senang untuk didapati. Bujang....  we grab what we got.. lol

Bahan-bahan:

Mee kuning - 500g
Lada besar- 2 biji- Dihiris
Sayur Sawi- 50-100g - Dipotong
Bawang Merah- 2 biji - Dikisar/Dihiris
Bawang Putih- 3 biji- Dikisar/Dihiris
Bawang besar- 1 biji - Dihiris
Daging Ayam/Lembu - 200g- Dihiris
Tepung (Biasa/Jagung/Kanji) - 2 sudu - larutkan kedalam air (Disyorkan tepung jagung)
Telur - 1 biji
Air- 0.7 liter
Minyak masak
Garam
(Nak pedas tambahkan 5 biji cili padi)

Cara-cara:

Mee kuning digoreng menggunakan 1 sudu minyak sehingga naik bau. Alihkan.
Kemudianya, letak 2 sudu minyak kedalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau kemudian masukan air. Biarkan mendidih kemudian masukan daging ayam sehingga empuk. Masukan sebiji telur kemudian dikacau segera. Letak garam secukup rasa. Masukan Sayur sawi dan Lada besar yang telah dihiris biarkan dalam masa seminit sehingga sawi masak sebelum masukan larutan tepung. Kacau sehingga mendidih dalam 30second. Matikan Api SIap!!.. 


Saturday 20 June 2015

Begedil Bujang

Begedil bujang sesuai untuk anda yang mempunyai masa yang terhad..

Bahan-bahan:

Kentang 3 biji- direbus empuk
Cili thai - 5 biji - dihiris (nak pedas tambah lagi)
Bawang besar - 1 biji - hiris halus
Tepung - 3 sudu
Telur - 2 biji
Garam- secukup rasa
Serbuk lada putih
Daun sup

Ayam/lembu daging cincang (jika perlu) - 3 sudu

Cara-cara:

kentang dilenyek, masukan cili thai yang telah dihiris bersama bawang besar yang telah dihiris. Mixed. Letak tepung, sebiji telur, garam, lada putih dan daun sup . Masukan ayam/daging jika perlu. Gaul hingga sebati dan boleh dibentuk. sekiranya adunan lembik tambah sedikit tepung sehingga boleh dibentuk. 

Celup kedalam telur dan goreng dengan api sederhana. Tunggu hingga keperangan, angkat dan dijamu.  


Sunday 14 June 2015

Apam Balik

Apam Balik

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula 
1 camt. soda bikarbonat
1 camt. baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
sedikit marjerin/mentega

Inti :
1 cawan kacang tanah( digoreng dan dikisar)
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Cara-cara :
Gula dan telur dipukul hingga kembang.
Masukkan baking powder dan soda ke dalam tepung.
Masukkan air kedalam campuran gula dan telur.
Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan gaul sebati.
Oleskan marjerin di atas kuali.( Kalau guna kuali tak melekat tak payah letak marjerin).
Tuangkan 1 senduk adunan dan nipiskan.
Biarkan seketika dan taburkan bahan inti.
Bila dah cukup masak, lipat dua dan angkat.
Kalau suka boleh sapukan marjerin diatas permukaannya

Saturday 13 June 2015

Muruku

Muruku
2 paket tepung pulut
1 paket tepung beras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 paket santan kelapa
250 g planta
1 sudu kecil garam halus ( ikut suka rasa masin)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur kuning.

Cara2 nya;
1. Garam dan santan di kacau 
2. Kunyit ,jintan manis,jintan putih campur ngan tepung pulut dan beras gaul bersama planta dan telur kuning. 
3. Uli sampai jadi doh masukkan dlm acuan muruku. 


Friday 12 June 2015

TETAMU TAK DIUNDANG....

TETAMU TAK DIUNDANG.... 

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh IBNU MUSLIM