Monday 26 October 2015

Mayonnaise Prawn / Udang Mayonis Bujang

Resepi ringkas - untuk makan 3-4 orang

Bahan-bahan
Udang- telah dibersihkan (tak payah buang kulit)- 400g 
Mayonis- 200g (4-5 sudu)
Susu pekat manis - 40g (2-3 sudu)
Telur ayam - 3biji
Daun kari - 1 tangkai (Pilihan)
Serbuk kari- 2 pinch (Pilihan)
Minyak untuk mengoreng
Garam

Cara-Cara:
Gaul garam bersama udang yang telah dibasuh. Biarkan seketika . Kemudian goreng sehingga udang kelihatan garing (30-50 seconds). Angkat, tos dan asingkan. Letak 3 -4 sudu minyak (minyak yang digunakan untuk mengoreng) kedalam kuali dengan api kuat dan masukan telur dan gaulkan sehingga menjadi Scramble eggs dan berbuih.. Pelahankan api ke medium heat. Masukan daun kari, serbuk kari, mayonis, susu pekat dan garam secukupnya.. Gaul sehingga sebati masukan udang yang telah digoreng. mix it for another 20-30 seconds. Tutup api dan boleh dihidangkan..




Wednesday 14 October 2015

Senarai Cerita Panjang Doraemon

Mesti peminat Doraemon akan tertanya-tanya apa senarai cerita-cerita panjang Doraemon dan pastinya tidak sabar untuk menyaksikannya.

1.    Nobita dan Dinosaur: Cerita ini mempunyai kaitan (malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita ini mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas, dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.



2.    Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas: Kisah ini pula mengisahkan Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik pengguna yang berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang di planet itu dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun, planet itu diancam bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat galian dan kini, Nobita dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk menyelamatkan tanah mereka dari dimusnahkan.

3.    Penjelajahan Alam Misteri : Nobita menemui sebuah negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka membantu seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku besi yang telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang lain akan menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut dan menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.



4.    Kubu Hantu di Dasar Laut : Nobita, Doraemon, Sinyu, Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang percutian sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan kapal yang dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar laut, mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut, manusia dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang kepada mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi serta orang dasar laut.

5.    Penjelajahan Sarang Hantu : Nobita menggunakan 'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.



6.    Perang di Angkasa Lepas : Nobita telah menemui sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.

7.    Nobita dan Panglima Besi : Kali ini Nobita menemui sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah. Tambahan pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon dan yang lain perlu memulihkan keadaan.



8.    Penunggang Dinosaur : Setelah memperoleh keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka bumi dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi oleh manusia dinosaur.


9.    Kelahiran Negeri Jepun : Terowong masa mengalami gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita. Maka, Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak tersebut (dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka sedar yang budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu membebaskan keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya berlaku.




10. Bintang Misteri : Nobita yang mengigau telah terjumpa sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap dan berjalan seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan mereka di sana tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet tersebut diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan planet itu tidak diceroboh dan dimusnahkan


11. Negara Lagenda : Pengembaraan ke dalam buku amat menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah yang dialami mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad". Yang malang sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku tersebut dan menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka terpaksa menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan menyelamatkannya.



12. Negara Awan : Angan-angan Nobita akan wujudnya negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon membina negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah terjumpa negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan dan pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam untuk menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang dilakukan penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rancangan menenggelamkan bumi itu.


13. Istana Emas Putih : Percutian tidak menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.


14. Tiga Sekawan Pahlawan Pedang Impian : Impian mereka untuk menjadi pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon menggunakan alatnya untuk memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi seperti biasa, keadaan tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan pedang dan semangat bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut, bertentang dengan naga agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan selamat dan menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.

15. Kisah Penciptaan Dunia : Nobita diberikan alat oleh Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model penciptaan dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan melihat perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan Nobita tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan ketika mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia bawah tanah.

16. Keretapi Ekspres Galaksi : Iri hati dengan Sinyu yang dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket Keretapi Ekspres Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi ke bintang permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah muncul di sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya sebelum manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang lebih teruk lagi.

17. Penjelajahan di Bandar Raya Alat Mainan : Nobita dan yang lain mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan. Kehidupan semuanya berjalan lancar apabila seorang pencuri muncul dan mengkucar-kacirkan bandar raya. Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang mendakwa dirinya pencipta alam semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita perlu membimbing yang lain untuk menyelamatkan bandar raya tersebut.

18. Penjelajahan Laut Selatan : Nobita yang berlayar untuk mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah kapal lanun yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa arus. Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat berjumpa dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka menemui pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah baru.

19. Pengembaraan di Angkasa Lepas : Kisah ini lebih kepada ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah dipengaruhi oleh penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut bersama kawannya iaitu pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru dan kemudian berjumpa dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu budak itu menentang kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama kenangan ibunya yang telah tiada.

20. Lagenda Raja Matahari : Nobita telah tertukar tempat dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari Nobita dan menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai agendanya iaitu menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika gerhana matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan misi mereka.


21. Nobita dan Pahlawan Burung : Nobita dan Doraemon terjumpa seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka bersama-sama untuk membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi patrol burung penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku iaitu munculnya raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu menyelamatkan keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam legenda untuk membantu mereka.


22. Negara Robot Nobita : Nobita telah menemui sebuah robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui perkhidmatan penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa Nobita dan yang lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri kejam yang mengikut dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya adalah kawan sepermainan robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu menyedarkan permaisuri dan membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara robot dan manusia.

23. Nobita dan Pesuruh Angin : Nobita menemui pusaran angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar jahat yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat. Angin itu juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang menggunakan angin sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat yang mencipta angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu menentangnya.



24. Ruang Masa Kucing Anjing : Nobita menghantar anjing peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke zaman purba untuk hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kucing dan anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya manusia purba. Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya itu dan memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama kerajaan yang kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.

p/s: Semua ceritanya dh boleh tengok kat youtube
Sumber: Wikipedia

Sunday 11 October 2015

Ikan Putih Masak Taucu

Rasanya dah lama tak makan Ikan Putih.... Nampak je ikan mentah pun dah terliur.. 
Kali ni AS nak kongsi resepi mudah / bujang

Bahan-Bahan:
2 potong Ikan Putih- Berat 400g
3 batang Cili hijau- Dihiris
1 biji bawang besar- Dihiris
2 biji bawang putih- Dihiris
2 ketul tauhu- Digoreng dan dibelah 6
2 sudu taucu masin
300ml  air
200ml air asam jawa (taknak masukan air asam jawa boleh tambahkan air sahaja)
Minyak untuk menggoreng
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak kedalam kuali dan goreng ikan yang telah dipotong dan disapukan garam sehingga masak, dan dialihkan. Kemudian guna kuali baru letak 2 sudu minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau lebih kurang seminit dengan api kuat. masukan 2 sudu taucu, air asam dan air gaul sehingga mendidih. Masukan tauhu dan ikan yang telah di goreng. Gaul sehingga mendidih . siap.. boleh dihidangkan.. 

kalau suka pedas boleh tambah cili padi kedalam masakan. 


Friday 9 October 2015

Kari Daging Rusa

Daging tak habis lagi... so bolehlah nak buat menu simple @ menu bujang

Daging- 200g Dihiris 2mm
Kari Daging- 100g
Santan- 125ml
Air- 300ml
Kentang 2 biji- dipotong dadu 4cm
Garam
rempah 4 sekawan  (cengkih 2 biji, pelaga 2 biji, lawang 1, kayu manis 4cm)
bawang putih - 1 biji (kalau nak)- tumbuk/hiris
bawang merah- 1 biji (kalau nak)- tumbuk/hiris
minyak tumis - 3 sudu

Bancuh kari dengan sedikit air hingga menjadi slurry . Kemudian tumiskan kari dan bawang dengan minyak yang telah dipanaskan. Tumis sehingga pecah minyak/ naik bau. masukan 4 sekawan. Tambahkan air, kemudianya masukan kentang dan daging. Tunggu sehingga daging dan kentang empuk. masukan santan dan garam.. Gaul seketika sehingga sedikit mendidih kemudian padamkan api dan boleh dihidangkan.. 

AS makan Kari daging dengan Burasak.. - #BugisMenuON #Sedap #SyurgaMakanan



Wednesday 7 October 2015

Payau @ Rusa Stik

Kali ni AS dapat daging Rusa dalam 2kg ... apa lagi AS pun buatlah Stik.. so ini beberapa bahan simple yang anda boleh cuba... 

Daging Rusa dipotong dengan ketebalan 1cm. untuk 200g
1 Biji bawang besar
1 Inci halia
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada putih/ Lada hitam - 1sudu
Rempah (serbuk jintan manis)- 1 sudu kecil
Serbuk cili - 1 sudu
Serai - 2 batang
Kicap pekat- 3sudu makan
Garam 
Gula
Minyak untuk mengoreng/ Mentega

Kisar semua bahan-bahan tadi kecuali Daging. Perap daging dengan bahan-bahan yang telah dikisar.. biarkan 2-3jam. Panaskan kuali dan letak sedikit mentega agar tidak melekat. Goreng dalam 1-2 minit... siap untuk dimakan.. (Guna Grill lagi terangkat)

Untuk sos boleh guna sos black paper asli atau campurkan dengan ubi kentang yang telah direbus kemudianya dikisar... 

Yang penting mudah dan sedap...