Sunday 11 October 2015

Ikan Putih Masak Taucu

Rasanya dah lama tak makan Ikan Putih.... Nampak je ikan mentah pun dah terliur.. 
Kali ni AS nak kongsi resepi mudah / bujang

Bahan-Bahan:
2 potong Ikan Putih- Berat 400g
3 batang Cili hijau- Dihiris
1 biji bawang besar- Dihiris
2 biji bawang putih- Dihiris
2 ketul tauhu- Digoreng dan dibelah 6
2 sudu taucu masin
300ml  air
200ml air asam jawa (taknak masukan air asam jawa boleh tambahkan air sahaja)
Minyak untuk menggoreng
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak kedalam kuali dan goreng ikan yang telah dipotong dan disapukan garam sehingga masak, dan dialihkan. Kemudian guna kuali baru letak 2 sudu minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau lebih kurang seminit dengan api kuat. masukan 2 sudu taucu, air asam dan air gaul sehingga mendidih. Masukan tauhu dan ikan yang telah di goreng. Gaul sehingga mendidih . siap.. boleh dihidangkan.. 

kalau suka pedas boleh tambah cili padi kedalam masakan. 


No comments:

Post a Comment